Macam-Macam Musibah

(sumber : hasmi.org)
Oleh: Alief Farhan Cahairul*

Sebagai makhluk hidup, tentunya hidup tak akan berjalan mulus seperti yang selalu kita bayangkan / harapkan, adakala musibah datang menghampiri.

Ketika musibah datang menghampiri, Kita harus tau bahwa ia datang untuk menguji, memperingati, atau bahkan membuat kita terlena?

Oleh karena itu, izinkan saya untuk membahas 3 jenis musibah dalam kesempatan kali ini.

3 Jenis Musibah: Kaffarah, bala, dan ibtila'. Siapakah yg akan mendapat kaffarah? siapakah yg akan mendapat bala? siapakah yg akan mendapat ibtila'?

1. Kafarah ( كَفّارَةٌ) 
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.

Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.

"dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48).

2. Bala( البلاء)
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat. Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.

Contoh: Umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.

"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74).

3. Ibtila'( الإبْتِلاء)
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.

Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah. Dengan musibah, mereka memperoleh pahala syahid, pahala sabar, pahala redha dan lain-lain.

Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi, siddiqin, syuhada' dan solehin.

"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249).

Semoga kita dapat menjadi lebih baik dari hari kemarin.

*Mahasiswa STEI SEBI

0/Post a Comment/Comments